SEJARAH


LATARBELAKANG SMKKB


Nama SMKKB diberi sempena nama Kampung Klebang Besar, Melaka.  Kampung Klebang Besar terletak di Batu 4 ½ Batang Tiga, Melaka.  Kampung ini terletak berhampiran laut Selat Melaka.  Pekerjaan utama penduduk di Klebang Besar adalah sebagai nelayan dan petani. 

Mengikut cerita orang-orang tua dahulu, pantai Tanjung Keling merupakan tempat pelabuhan yang popular pada zaman pemerintahan Melayu Melaka.  Kawasan ini menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari seluruh  dunia seperti India, Arab, Kepulauan Melayu dan sebagainya.

Pada suatu ketika,  orang-orang Keling  naik ke darat untuk mencari air.  Mereka mencari air  sehingga pesisiran pantai Klebang.  Setalah mendapat air, orang-orang Keling terus mengambil wuduk, melaungkan azan dan mengerjakan solat.  Justeru, orang-orang kampung menamakan kampung ini sebagai Klebang sempena peristiwa orang-orang Keling bang (melaungkan azan) di surau.

SMKKB baru sahaja berusia 13 tahun sejak penubuhannya pada 1 Disember 1992. Keluasan SMKKB ialah 15 ekar dan kira-kira 7 km dari bandar Melaka. Pada peringkat awal pengasasannya, Pengetuanya ialah En. Md. Isa bin Hj. Karamdin telah dibantu oleh GPK 1 iaitu Tn. Hj. Ismail bin Khalil, GPK Hal Ehwal Murid iaitu En. Abd Rashid  bin Ahmad dan GPK Kokurikulum iaitu En. Suah Jin Meng


SERBA SEDIKIT TENTANG KLEBANG.

Mengikut cerita orang-orang tua dahulu, pantai Tanjung Keling merupakan tempat pelabuhan yang popular pada zaman pemerintahan Melayu Melaka.  Kawasan ini menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari seluruh  dunia seperti India, Arab, Kepulauan Melayu dan sebagainya.
Pada suatu ketika,  orang-orang Keling  naik ke darat untuk mencari air.  Mereka mencari air  sehingga pesisiran pantai Klebang.  Setalah mendapat air, orang-orang Keling terus mengambil wuduk, melaungkan azan dan mengerjakan solat.  Justeru, orang-orang kampung menamakan kampung ini sebagai Klebang sempena peristiwa orang-orang Keling bang (melaungkan azan) di surau.


Bangunan di SMKKB terdiri daripada :-
•  Blok A, B, C dan D
•  Kantin
•  Stor Sukan
•  Bengkel Kemahiran Hidup
•   Makmal Komputer
•  Koperasi

No comments:

Post a Comment