PROFIL

MISI SEKOLAH

MENGUPAYAKAN PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM BIDANG PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN, KURIKULUM,KOKURIKULUM DAN SAHSIAH BAGI MELAHIRKAN INSAN YANG MULIA, BERJATI DIRI, BERKETERAMPILAN DAN BERSEDIA MENDEPANI CABARAN GLOBAL. 


  VISI 


SEKOLAH SMK KLEBANG BESAR SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MENJELANG TAHUN 2015 
 Sekolah berprestasi tinggi boleh ditakrifkan sebagai sebuah sekolah yang bukan sahaja mencapai kecemerlangan akademik yang tinggi malahan memberi suasana yang selesa dan teratur serta mempunyai rasa tanggungjawab dalam kalangan pihak pengurusan, guru-guru dan pelajar-pelajar bagi mencapai aspirasi yang terkandung dalan Falsafah Pendidikan Negara. 

  MOTTO 


 BERILMU, BERDISIPLIN, BERBAKTI 




 SLOGAN 

 KEBERKATAN MISI KEUTAMAAN KAMI 
KECEMERLANGAN VISI MESTI DICARI 


 MATLAMAT 

 1. Membentuk generasi yang berketerampilan, intelek, dan bersatu padu
2. Membentuk jati diri dalam kalangan murid demi bangsa, agama dan negara
3. Menjadi sekolah pilihan di kawasan Tanjung


OBJEKTIF

1. Murid-murid boleh mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum
2. Murid-murid boleh memperlihatkan bakat kepimpinan
3. Murid-murid dapat mempamerkan sahsiah diri terpuji
4. Warga sekolah memberikan komitmen jitu terhadap organisasi
5. Mengeratkan silaturrahim warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti setempat.

FALSAFAH SEKOLAH

" Menyediakan peluang untuk murid menjadi insan berjaya, membimbing murid mengembangkan aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya menjadi insan yang seimbang dan harmonis serta melahirkan murid yang berkhemah tinggi melalui ilmu pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni."

LAGU SEKOLAH


BERILMU BERBAKTI
Majulah Sekolah Kita
Berpadu Semangat Waja
Menuntut Ilmu Rajin Berusaha
Mendukung wawasan Perdana

Berilmu Dan Berbakti
Akhlak Mulia Disiplin Tinggi
Segala Cabaran Berani Hadapi
Membela ibu pertiwi
chorus:
Alangkah Damai Sekolahku
Kasih Mesra Tiupan Bayu
Pewaris Generasi Baru
Menjunjung Martabat Ilmu

Harumkan Nama Sekolah Kita
Sekolah Menengah Klebang Besar
Bersatu Hati Berpadu Jiwa
Membina Negara Tercinta



LOGO DAN BENDERA SEKOLAH










 BENDERA SMKKB



LOKASI SEKOLAH








 

4 comments:

  1. Kenapa logo dan gambar-gambar tak keluar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. sekolah ini saya mintak tapi saya tak dapat nk masuk sbb dpt masuk smka sultan muhammad

    ReplyDelete